~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Selasa, 15 Mei 2012

JOM KITA AMBIL TAHU BINATANG YANG DIJANJIKAN SYURGA ALLAH

Binatang-Binatang dunia yang dimasukkan ke dalam syurga ada sepuluh ekor;

1) Buraq (Tunggangan Nabi Muhammad SAW ketika isra')

2) Unta yang disembelih oleh kaum thamud yang zalim dan derhaka kpd Nabi Soleh a.s.

3) Himar (keldai) tunggangan Nabi Allah 'Aziz.

4) Lembu jantan yang hendak dijamukan oleh Nabi Ibrahim kepada Malaikat yang datang ke rumahnya berupa orang2 muda.

5) Kibash penebus leher Nabi Allah Ismail tatkala hendak disembelih oleh ayahnya Nabi Allah Ibrahim a.s..

6) Burung Hud Hud Nabi Allah Sulaiman.

7) Semut (Ketua semut yg keluar bersama2 Nabi Allah Sulaiman tatkala hendak meminta hujan di tengah padang.

8) Anjing ashabul kahfi.

9) Ikan nun yang menelan Nabi Allah Yunus a.s tatkala dibuang oleh kaum fasiq ke dalam laut.

10) Lembu Bani Israil yang disembelih kerana hendak membangunkan orang kaya sudah mati dibunuh oleh anak saudaranya supaya dipukulkan Nabi Allah Musa lidahnya kepada mayat itu boleh ia bertutur mengatakan orang yg membunuhnya iaitu dua orang anak saudaranya.
JIKA BINATANG ADA TIKET KE SYURGA....APAKAH KITA TIDAK LANGSUNG BERASA MALU.....?

Ahad, 13 Mei 2012

jauh TAPI berharap

YA ALLAH
SELAGI AKU BERNAFAS ATAS IHSAN YANG ENGKAU CAMPAKKAN
AKU BERMOHON TETAPKANLAH CINTA AKU PADA DIA

DIA
NAMAMU TIDAK TERAGUNG
PARASMU TIDAK TERINDAH
GAYAMU TIDAK TERHEBAT
KERANA YANG
TERAGUNG
TERINDAH
TERHEBAT
ITU
MILIK ALLAH

CUKUPLAH AKU MENERIMA DIRIMU DENGAN APA YANG ALLAH BERIKAN
AKU MOHON SEMOGA
CINTAMU
KASIHMU
SAYANGMU
RINDUMU
KEMBALI DI HATI INI
S
Y
S

YA ALLAH SEPERTI MANA KAU SATUKAN HATI NABI-NABI DAN RASUL-MU DENGAN PASANGAN MEREKA
AKU MOHON KAU SATUKAN HATI KAMI
WALAU AKU SEDAR AKAN HINANYA DIRI
WALAU AKU SEDAR AKAN KOSONGNYA IMAN
WALAU AKU SEDAR AKAN MELIMPAHNYA DOSA
WALAU AKU SEDAR AKAN AKU BUKAN PILIHANMU

TAPI APALAH KIRANYA
ENGKAU TUHAN YANG AKU SEMBAH
ENGKAU TUHAN YANG MEMBERI REZEKI
ENGKAU TUHAN YANG MENCAMPAK BERKAT
ENGKAU TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG
ENGKAULAH ALLAH TUHAN YANG AKU SEMBAH SELAMANYA
~tidak lagi aku memohon ruang tapi cukup sekadar peluang