~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Ahad, 13 Oktober 2013

aku kembali : kehidupan tetap sama

hening subuh itu aku disambut (jemput ngn kete) oleh ma dan abah aku beserta budak kecik yang banyak cakap di stesen bas machang klate (Tiket benti Pasir Puteh habis maaaa)..meriah pagi tu pagi dalam kereta...kebetulan hari tu hari Jumaat 11.10.2013.. dan beberapa hari lagi menjelangnya hari umat islam menyambut hari raya aidil adha....aku balik awal2 pun sebab ada keje besar....iaitu membuat kunci konvokesyen...
(buat tesis la lembab)
back to back.....meluncur laju dengan Alza DBW9876....dalam kepala aku hanya nk qadar tidur yang terbantut dek kerana si puteri mana ntah sebelah aku dalam bas tu...dan yang paling penting nak tengok kereta yang bapak aku beli untuk aku....mimpi kot tetiba beli kete untuk aku...(senang nak bawak bini kot)

hanya menanti selekoh untuk menuju ke jalan rumah aku...pehh dia boleh pulak hentam gi stright...so benti la gua kat kedai makan tu....

INILAH MULANYA CERITA.....
kedai tu kedai kampung je kat tepi jalan, mengadap masjid besar Pasir Puteh...walaupun kecik tapi orang ramai beb...aku duduk menyuap nasi lauk ayam kecik2...bab kata orang klate "nasi kak wook"...mata aku terpaku melihat tuan kedai, bapak aku, dan 90% pelanggan yang ada memakai kopiah tua muda sama je....telinga pula terdengar alunan ayat quran dari masjid...terpancul dari bibir aku.." inilah didikan tok guru" (Tok Guru Nik Aziz)....

indahnya Jumaat itu...sebelum-sebelumnya juga sama...Jumaat Kelantan adalah Jumaat Ibadah....

Tok Guru Nik Aziz pernah kata kepada kerajaan pusat

"Kelate akan kekalkan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu"
Jumaat untuk rakyat ambo beribadat pado Allah, sabtu untuk rehat dengan keluarga...


kini Tok Guru bukan lagi MB kelantan....namun pengantinya masih mengekalkan kecintaan yang sama....

YA ALLAH....LIMPAHKANLAH BARAKAH KEPADA KELANTAN

Rabu, 2 Oktober 2013

TERDUDUK AKU DENGAN TAKDIR-MU ALLAH

biasaanya cerita ini adalah skrip usang ulangan cerita melayu...

"hello..taw tak bla..bla..bla dah xde"...
kecepek letak telefon...tut2 bersambung minggu depan

skrip cerita yang sangat bosan bagi aku...tapi itulah jalan cerita sebuah cerita kena dan kadang kala bersangkutan dengan yang terjadi...

"hello wan..taw tak pasal jepp.."...jepp dah xde"
aik...ape ni kak mus...petang tadi ok je...

saat itu jua aku keluar dari selimut mencari teman terdekat untuk aku pinjam bahu mereka

"wei..abang aku dah tak de wey..tolong cari kunci motor n helmet aku skali...aku nak terus shot ke selayang ziarah dia...tolong aku wey....

-----------------------------------------+----------------------------------

Sejenak aku terfikir......ohh rupanya engkau yang sebetulnya kaku di pembaringan kaku itu....sah memang engkau...

 mengapa aku mesti mengadapmu dalam keadaan engkau tidak memelukku....?????

kau kenapa jepp....sebelum ni kita berjumpa tak pernah walau sekali kau xpeluk aku....tapi mengapa hari ini itu tidak berlaku...baru lagi...baru semalam kita berpelukan...saat pelukan bertaut mulut berbisik di telinga... dari aku "jepp lama xjumpa"... dari mu "wan sihat?"

pelukan itu biasa bagi kita dan semua

memandikan, memakaikan baju dan memikul untuk bergerak itu jarang sekali

tapi ALLAH MAHA AGUNG telah memilih dan menjatuhkan perintah ke atas aku untuk mu jepp

maafkan aku andai semasa mengangkatmu aku berkasar, semasa memandikanmu aku berkeras dan memakaikan pakaianmu aku terketatkan ikatan itu...akhirnya aku bawamu selangkah demi selangkah menuju ke alam baqa'

aku merasakan kejamnya aku menghilangkan pandanganmu sedikit demi sedikit bersama bahan asas ciptaanmu...kejamnya aku terhadap seorang abang...aku kirakan cukup 20 kali aku menjatuhkan tanah ke dalam lahadmu...selebihnya aku berundur kerana aku tidak mampu lagi dan itu membuatkan aku rasa lebih bersalah melakukan itu padamu....

hari itu hari yang seluruh alam di atas menaungi jasadmu...redup langit, alunan angin ibarat mengizinkan segala hal yang berlaku....

kau telah pergi selamanya jepp....ya..kau dah pergi
 bahagia bersama emak dan ayahmu di alam sana
apalah dan siapalah kami untuk menghukum ketentuan ini dan merentap kebahagiaan yang jepp inginkan selama ini..
berbahagialah di sana wahai JEFFRI RAZAK

DAN KINI AKU TERDUDUK DAN TUNDUK DENGAN TAKDIR-MU ALLAH


 AL FATIHAH UNTUKMU ABANG
1989-2013