~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Rabu, 2 Oktober 2013

TERDUDUK AKU DENGAN TAKDIR-MU ALLAH

biasaanya cerita ini adalah skrip usang ulangan cerita melayu...

"hello..taw tak bla..bla..bla dah xde"...
kecepek letak telefon...tut2 bersambung minggu depan

skrip cerita yang sangat bosan bagi aku...tapi itulah jalan cerita sebuah cerita kena dan kadang kala bersangkutan dengan yang terjadi...

"hello wan..taw tak pasal jepp.."...jepp dah xde"
aik...ape ni kak mus...petang tadi ok je...

saat itu jua aku keluar dari selimut mencari teman terdekat untuk aku pinjam bahu mereka

"wei..abang aku dah tak de wey..tolong cari kunci motor n helmet aku skali...aku nak terus shot ke selayang ziarah dia...tolong aku wey....

-----------------------------------------+----------------------------------

Sejenak aku terfikir......ohh rupanya engkau yang sebetulnya kaku di pembaringan kaku itu....sah memang engkau...

 mengapa aku mesti mengadapmu dalam keadaan engkau tidak memelukku....?????

kau kenapa jepp....sebelum ni kita berjumpa tak pernah walau sekali kau xpeluk aku....tapi mengapa hari ini itu tidak berlaku...baru lagi...baru semalam kita berpelukan...saat pelukan bertaut mulut berbisik di telinga... dari aku "jepp lama xjumpa"... dari mu "wan sihat?"

pelukan itu biasa bagi kita dan semua

memandikan, memakaikan baju dan memikul untuk bergerak itu jarang sekali

tapi ALLAH MAHA AGUNG telah memilih dan menjatuhkan perintah ke atas aku untuk mu jepp

maafkan aku andai semasa mengangkatmu aku berkasar, semasa memandikanmu aku berkeras dan memakaikan pakaianmu aku terketatkan ikatan itu...akhirnya aku bawamu selangkah demi selangkah menuju ke alam baqa'

aku merasakan kejamnya aku menghilangkan pandanganmu sedikit demi sedikit bersama bahan asas ciptaanmu...kejamnya aku terhadap seorang abang...aku kirakan cukup 20 kali aku menjatuhkan tanah ke dalam lahadmu...selebihnya aku berundur kerana aku tidak mampu lagi dan itu membuatkan aku rasa lebih bersalah melakukan itu padamu....

hari itu hari yang seluruh alam di atas menaungi jasadmu...redup langit, alunan angin ibarat mengizinkan segala hal yang berlaku....

kau telah pergi selamanya jepp....ya..kau dah pergi
 bahagia bersama emak dan ayahmu di alam sana
apalah dan siapalah kami untuk menghukum ketentuan ini dan merentap kebahagiaan yang jepp inginkan selama ini..
berbahagialah di sana wahai JEFFRI RAZAK

DAN KINI AKU TERDUDUK DAN TUNDUK DENGAN TAKDIR-MU ALLAH


 AL FATIHAH UNTUKMU ABANG
1989-2013
 



2 ulasan:

Unknown berkata...

Dalam kenangan...berbahagialah disana

Unknown berkata...

Dalam kenangan...berbahagialah disana