~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Isnin, 4 November 2013

WHY ALWAYS US

MENGAPA MESTI TERHUKUM DEK KERANA CERITA BUKAN DARI FAKTA

APAKAH BAGIMU CERITA SEBELAH PIHAK ITU CUKUP MEMBUKTIKAN KESAHIHAN

ITU SUNGGUH CELAKA....


Ahad, 13 Oktober 2013

aku kembali : kehidupan tetap sama

hening subuh itu aku disambut (jemput ngn kete) oleh ma dan abah aku beserta budak kecik yang banyak cakap di stesen bas machang klate (Tiket benti Pasir Puteh habis maaaa)..meriah pagi tu pagi dalam kereta...kebetulan hari tu hari Jumaat 11.10.2013.. dan beberapa hari lagi menjelangnya hari umat islam menyambut hari raya aidil adha....aku balik awal2 pun sebab ada keje besar....iaitu membuat kunci konvokesyen...
(buat tesis la lembab)
back to back.....meluncur laju dengan Alza DBW9876....dalam kepala aku hanya nk qadar tidur yang terbantut dek kerana si puteri mana ntah sebelah aku dalam bas tu...dan yang paling penting nak tengok kereta yang bapak aku beli untuk aku....mimpi kot tetiba beli kete untuk aku...(senang nak bawak bini kot)

hanya menanti selekoh untuk menuju ke jalan rumah aku...pehh dia boleh pulak hentam gi stright...so benti la gua kat kedai makan tu....

INILAH MULANYA CERITA.....
kedai tu kedai kampung je kat tepi jalan, mengadap masjid besar Pasir Puteh...walaupun kecik tapi orang ramai beb...aku duduk menyuap nasi lauk ayam kecik2...bab kata orang klate "nasi kak wook"...mata aku terpaku melihat tuan kedai, bapak aku, dan 90% pelanggan yang ada memakai kopiah tua muda sama je....telinga pula terdengar alunan ayat quran dari masjid...terpancul dari bibir aku.." inilah didikan tok guru" (Tok Guru Nik Aziz)....

indahnya Jumaat itu...sebelum-sebelumnya juga sama...Jumaat Kelantan adalah Jumaat Ibadah....

Tok Guru Nik Aziz pernah kata kepada kerajaan pusat

"Kelate akan kekalkan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu"
Jumaat untuk rakyat ambo beribadat pado Allah, sabtu untuk rehat dengan keluarga...


kini Tok Guru bukan lagi MB kelantan....namun pengantinya masih mengekalkan kecintaan yang sama....

YA ALLAH....LIMPAHKANLAH BARAKAH KEPADA KELANTAN

Rabu, 2 Oktober 2013

TERDUDUK AKU DENGAN TAKDIR-MU ALLAH

biasaanya cerita ini adalah skrip usang ulangan cerita melayu...

"hello..taw tak bla..bla..bla dah xde"...
kecepek letak telefon...tut2 bersambung minggu depan

skrip cerita yang sangat bosan bagi aku...tapi itulah jalan cerita sebuah cerita kena dan kadang kala bersangkutan dengan yang terjadi...

"hello wan..taw tak pasal jepp.."...jepp dah xde"
aik...ape ni kak mus...petang tadi ok je...

saat itu jua aku keluar dari selimut mencari teman terdekat untuk aku pinjam bahu mereka

"wei..abang aku dah tak de wey..tolong cari kunci motor n helmet aku skali...aku nak terus shot ke selayang ziarah dia...tolong aku wey....

-----------------------------------------+----------------------------------

Sejenak aku terfikir......ohh rupanya engkau yang sebetulnya kaku di pembaringan kaku itu....sah memang engkau...

 mengapa aku mesti mengadapmu dalam keadaan engkau tidak memelukku....?????

kau kenapa jepp....sebelum ni kita berjumpa tak pernah walau sekali kau xpeluk aku....tapi mengapa hari ini itu tidak berlaku...baru lagi...baru semalam kita berpelukan...saat pelukan bertaut mulut berbisik di telinga... dari aku "jepp lama xjumpa"... dari mu "wan sihat?"

pelukan itu biasa bagi kita dan semua

memandikan, memakaikan baju dan memikul untuk bergerak itu jarang sekali

tapi ALLAH MAHA AGUNG telah memilih dan menjatuhkan perintah ke atas aku untuk mu jepp

maafkan aku andai semasa mengangkatmu aku berkasar, semasa memandikanmu aku berkeras dan memakaikan pakaianmu aku terketatkan ikatan itu...akhirnya aku bawamu selangkah demi selangkah menuju ke alam baqa'

aku merasakan kejamnya aku menghilangkan pandanganmu sedikit demi sedikit bersama bahan asas ciptaanmu...kejamnya aku terhadap seorang abang...aku kirakan cukup 20 kali aku menjatuhkan tanah ke dalam lahadmu...selebihnya aku berundur kerana aku tidak mampu lagi dan itu membuatkan aku rasa lebih bersalah melakukan itu padamu....

hari itu hari yang seluruh alam di atas menaungi jasadmu...redup langit, alunan angin ibarat mengizinkan segala hal yang berlaku....

kau telah pergi selamanya jepp....ya..kau dah pergi
 bahagia bersama emak dan ayahmu di alam sana
apalah dan siapalah kami untuk menghukum ketentuan ini dan merentap kebahagiaan yang jepp inginkan selama ini..
berbahagialah di sana wahai JEFFRI RAZAK

DAN KINI AKU TERDUDUK DAN TUNDUK DENGAN TAKDIR-MU ALLAH


 AL FATIHAH UNTUKMU ABANG
1989-2013
 



Jumaat, 10 Mei 2013

WAJAH PEJUANG

dari coretan wajah itu...
redup hatiku memandang butiran hujah bernas dan pedas
dialah sahabat merangkak dalam kepayahan
dialah pahlawan merantai lawan
dialah pejuang tega berjuang

dari coretan wajah itu...
tunduk syukur mencampak keegoan
tunduk malu menghindar kepalsuan

dari coretan wajah itu...
wajah inilah dikatakan pengkhianat bangsa
wajah inilah dikatakan bapa kafir
wajah inilah dipadankan bersama binatang haram
wajah inilah dihinakan bersama pelacur murahan

dari coretan wajah itu...
siapakah kita ini untuk merendahkan wajah itu
siapakah kita ini untuk memijak maruah wajah itu
siapakan kita ini untuk menghina wajah itu

dari coretan wajah itu...
aku ini sedar hayat wajah itu bakal tiba
amanat dari wajah itu mungkin buat kali terakhir

terima kasih untuk wajah yang tidak kenal erti menyerah

sekalung tahniah buat wajah yang membawa serambi mekah menerajui perubahan
kini bumi ini dikenali serata dunia
KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

TERIMA KASIH DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
(1990-2013)

Jumaat, 3 Mei 2013

SENYUM ITU BUKAN BAHAGIA

terkadang kita terpaksa melakari sejarah hidup demi merealisasikan impian orang lain...kadang kita yang merana dan terkadang jua mereka yang hampa...memiliki insan yang setia menemani sisa perjuangan bukanlah semudah dan sesetia pantai menahan hempasan deruan ombak...walau sakit dan ada tikanya berubah keadaan...namun sakit itu terpaksa disulami kerana ingin melihat ombak terus membadai pantai...
ombak dan pantai itu terlaku akrab untuk kita bicarakan walhal mereka itu hanyalah air dan pasir yang pada jisimnya tidak patut berkenalan...namun dek kerana nilai sebuah setia dan kasih...mereka itu bersatu menjadi penarik dan penolak dalam merealisasikan impian masing2

Rabu, 3 April 2013

HADIAH

pagi itu aku terlantar dalam kesepian..mengharap pagi yang cerah akan menjelma dengan cepat kerana aku terlalu sunyi, terlalu sepi...tidak sabar bertemu sang perawat... cerah yang mula dijelmakan rupanya itulah saat hitam bagi aku..."ridhzuan, ok btw saya declare tempurung lutut awak retak, yang pastinya awak perlu  berehat mungkin 2-5 bulan dari menjalankan aktiviti lasak"...
 "ouh..teruk sangat ke bang (doktor)...teruk x teruk tapi retak....

balik ke rumah dengan hati yang sangat kecewa dan sedih tatkala itu juga hujan mulai membasahi bumi...
Ya Allah...seberat bumi menampung hujan, berat juga ke penderitaan yang aku alami ini...?

AKU TAHU INILAH HADIAH DARIMU SEBENARNYA YA ALLAH

AKU REDHA...YA SANGAT REDHA
TERIMA KASIH KERANA HADIAH CINTAMU INI

beratnya aku tanggung Ya Rabb....

Sabtu, 5 Januari 2013

2013 SEKADAR SISA PERJUANGAN

PIUUUU......POM...PAMM....PIUUUU
(bunga api la tu kononnya)





SELAMAT TAHUN BARU 2013
GAMBAR SEKADAR HIASAN
BUKAN DUTA TAPI PENYOKONG SETIA
setelah berakhirnya tahun 2011...aku mengharapkan 2012 yang gemilang namun ia diaturkan oleh PEMILIKNYA sekadar biasa-biasa sahaja....berakhir pula 2012 aku juga meletakkan segunung harapan untuk 2013...mengharapkan sesuatu yang membahagiakan


mengimbas sedikit sejarah 2012

-ini sejarah bermakna-
9. Januari 2012


 
-KURSUS TAMAT LATIHAN BRIGADE BOMBA UiTM-



 
-anak didik yang menjadi johan kawad kaki peringkat negeri-



(PPD PASIR PUTEH)





BERAKHIRNYA TUGAS IDOLA SAYA SEBAGAI KETUA BALAI BOMBA PASIR PUTEH KELANTAN
KINI 
SEBAGAI KETUA OPERASI





KEKEJAMAN BANGSA 
TERBANGSAT

















Bismillahirahmanirahim

Segala puji-pujian hanya ke hadrat Allah swt Tuhan yang menjadikan alam semesta ini beserta dengan isi kandungannya. Allah yang maha kekal abadi, Allah Tuhanku yang maha mengetahui akan segala kejadian sebelum dan selepas....Allah bersifat sempurna, maha pengampun dan maha pengasih.. Aku mohon kesejahteraan ke atas Nabi tercinta Rasulallah saw bersama dengan keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, ya Tuhanku.... Kau lihatlah apa yang telah dilakukan oleh kafir laknat Yahudi Israel ke atas saudara kami di Palestine, Sesungguhnya hancur luluh hati kami melihat akan kesengsaraan yang dihadapi mereka.. selamatkanlah saudara kami itu. Melihat kanak-kanak menjadi mangsa di Palestin yang diserang kafir laknat Yahudi Israel, kaum wanita yang di bunuh kejam tanpa belas kasihan.. Berikanlah mereka kekuatan dan keberanian untuk mereka terus berjuang, hilangkan rasa sakit dan rasa takut demi membangkitkan martabat Islam agamaMu, mempertahankan Rasulullah saw UtusanMu..berjuang demi bangsa dan negara yang dirampas dan tidak diiktiraf.. Hindari mereka dari rasa kecewa, rasa takut, rasa jemu dan rasa was was.. untuk mereka terus mengukuhkan lagi tahap keimanan kepadaMu.. Sesungguhnya kami sangat yakin akan apa yang dijanjikan olehMu Ya Rabbi.. bahawa Islam pasti mencapai kemenangan. Islam pasti akan menerangi semesta ini semula dan Islam pasti hanya satu-satunya jalanMu yang benar.. 

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar





TERTUBUHNYA PUNCAK FACILITATOR CLUB
EMBRACING COMMUNITY





2012 ADALAH SEM 3 DAN 4 SAYA
PENAT TAPI SERONOK


DAN CERITA TENTANG KIAMAT YANG DIKATAKAN BERLAKU PADA TAHUN 2012
(SANGAT TIDAK MASUK AKAL)


FOR THE FIRST TIME MENJEJAKI PUNCAK GENTING HIGHLAND
(DISELIMUTI KESEJUKAN DI LUAR, TAPI DALAM KERETA PANAS DIPELUK HABA)


remaja kita tinggalkan
tinggal kenangan....

BERHARAP 2013 MENJANJIKAN YANG TERBAIK SAHAJA SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH