~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Jumaat, 10 Mei 2013

WAJAH PEJUANG

dari coretan wajah itu...
redup hatiku memandang butiran hujah bernas dan pedas
dialah sahabat merangkak dalam kepayahan
dialah pahlawan merantai lawan
dialah pejuang tega berjuang

dari coretan wajah itu...
tunduk syukur mencampak keegoan
tunduk malu menghindar kepalsuan

dari coretan wajah itu...
wajah inilah dikatakan pengkhianat bangsa
wajah inilah dikatakan bapa kafir
wajah inilah dipadankan bersama binatang haram
wajah inilah dihinakan bersama pelacur murahan

dari coretan wajah itu...
siapakah kita ini untuk merendahkan wajah itu
siapakah kita ini untuk memijak maruah wajah itu
siapakan kita ini untuk menghina wajah itu

dari coretan wajah itu...
aku ini sedar hayat wajah itu bakal tiba
amanat dari wajah itu mungkin buat kali terakhir

terima kasih untuk wajah yang tidak kenal erti menyerah

sekalung tahniah buat wajah yang membawa serambi mekah menerajui perubahan
kini bumi ini dikenali serata dunia
KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

TERIMA KASIH DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
(1990-2013)

Jumaat, 3 Mei 2013

SENYUM ITU BUKAN BAHAGIA

terkadang kita terpaksa melakari sejarah hidup demi merealisasikan impian orang lain...kadang kita yang merana dan terkadang jua mereka yang hampa...memiliki insan yang setia menemani sisa perjuangan bukanlah semudah dan sesetia pantai menahan hempasan deruan ombak...walau sakit dan ada tikanya berubah keadaan...namun sakit itu terpaksa disulami kerana ingin melihat ombak terus membadai pantai...
ombak dan pantai itu terlaku akrab untuk kita bicarakan walhal mereka itu hanyalah air dan pasir yang pada jisimnya tidak patut berkenalan...namun dek kerana nilai sebuah setia dan kasih...mereka itu bersatu menjadi penarik dan penolak dalam merealisasikan impian masing2