~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Isnin, 23 Julai 2012

PERMINTAAN TERAKHIR

aku percaya dengan kalimah LAILAHAILALLAH...bahawasanya aku akan mati.....semua akan mati sebelumnya aku mati aku melihat orang mati dan ketika mana aku mati akan ada lagi kematian selepas itu....itu hukum alam.....

sebagai mana aku datang aku ingin kembali dalam keadaan asalku insya Allah......

permintaan ku hanyalah sekadar yang ada......
saat aku telah mati aku mohon janganlah dibuat sebarang post mortem ke atas jasadku ini.....jangan3....seksa aku....terimalah dengan redha pemergian ini....JANGAN post mortem

dan...dari tanah aku datang aku ingin kembali kepada tanah....aku mohon kepada yang menguruskan aku kelak, aku tidak memerlukan keranda untuk kehidupan di alam sana.....biarlah tanah yang menjadi peneman....

inilah keadaan liang yang aku harapkan nanti..... selebihnya itu adalah urusan aku dan penciptaku nanti


AKU MOHON SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUATKU.....
BUAT TERAKHIR KALI....

betol kata kau

mungkin betul kata kau....ya aku yang tidak mengerti.....


aku jatuh lagi....jatuh ke lubuk paling dalam sepi dan ngeri....

Jumaat, 20 Julai 2012

bertemu jua marhaban ya ramadhan....

Subhana Allah
Allahamdulillah
Allahu akbar

Maha suci Allah yang menciptakan bulan kemuliaan yakni bulan Ramadhan.....
bulan yang penuh dengan hadiah dari pencipta bulan yang mempunyai pelbagai nama
  • bulan puasa
  • bulan kerahmatan
  • bulan keampunan
  • bulan kemuliaan
  • bulan barakah
  • bulan quran
  • bulan hadiah
  • bulan seribu bulan
  • bulan tarbiah
  • bulan ramadhan
yang pastinya inilah bulan yang dinantikan oleh mereka yang mencintai akan keampunan Allah....

telah Allah perintahkan kepada pekerjanya yakni malaikat supaya cari-cari dan cari serta menangkap kesemua syaitan dan iblis lalu dirantai supaya tiada celaan bagi cucu Adam a.s untuk menjadi hamba yang paling banyak bekerja di bulan yang mulia ini, bukan kerja dunia bahkan kerja untuk Allah. sesungguhnya di bulan yang mulia ini Allah berikan segalanya untuk hambanya yang berpuasa...


Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.



Khamis, 19 Julai 2012

konspirasi transaksi

............................semuanya terlalu rumit

inilah sepotong ayat yang sangat simple tapi cukup membuatkan aku ingin mencari bahu seseorang untuk menangis.....mungkin ayat yang tertera itu biasa..ya memang biasa tapi yang depan tu terpaksa dipotong kerana yang dipotong itulah menjadikan kolam mata ini dipenuhi air...

ahh
aku tersungkur lagi
jangan kau bicara tentang berputus asa
kerana aku tidak pernah mengenali itu


serius sedih dowh....kalau cerita kat orang sakit ni mesti mati terus...
aku tidak pernah mendesak....sumpah tidak pernah....apalah kiranya sesuatu itu diterima dalam keterpaksaan.....ohh tidak....!!

P/S aku akan kembali walau jalan berliku........

Rabu, 18 Julai 2012

the number 1 for me

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me



credit for jimy jibom/shahazam/shukri shuhaimee/amyra ramlan

2PULUH2

╔╗ ╔╗╔═╦╦╦═╗╔╗╔╗═╦╦╗
║║ ║╚╣║║║║╩╣╚╗╔╣║║║║
╚╝ ╚═╩═╩═╩═╝═╚╝╚═╩═╝♥

Couple in love
.♥/(,”).(“.)♥★
..★/♥♥/█♥★
.♥_| |__| |_ ♥

…..(¯`v´¯)
….. ·.¸.·´
…¸.·´
.. (
☻ /
/▌♥♥

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.Your lover’s name

Cute Love Hearts
░(¯`♥´¯)░░░░░
░░(¯`♥´¯)░░░░
░░░(¯`♥´¯)░░░
░░░░(¯`♥´¯)░░

Hiii
Hiiii ♥♥
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ˜”*°•”*°
░░░(¯`:´¯)░♥ ♥ ♥
░.(¯ `•.|/.•´¯)♥ ♥
░(`♥•.(۞).•´¯)░(¯`:´¯)♥ ♥
░ (_.•´/|`•._)(¯ `•.|/.•´¯) ♥ ♥
░ ░ (_.:._)░░(¯ `•.(۞).•´¯)♥ ♥
░♥░ ░(¯`:´¯)░(_.•´/|`•._)♥ ♥
♥░.(¯ `•.|/.•´¯)░(_.:._)♥ ♥))
░ (¯ `•.(۞).•´¯)♥ ♥░♥░♫░░♥░░
░░(_.•´ /|`•._)♥__(__/) (__ /)
░♥░░(_.:.__)♥░░♥( = ‘.’ )( ‘.’= )
•°*”˜҈.•°*”˜҈░░ ♥”)__(”) (”)_(”)_(”)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥♥♥ჱܓƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥♥♥ჱܓƸӜƷ♥♥♥
╔╗──♥╔══╗♥╔══╗╔══╗♥╔══╗♥♥
║║──♥║╔╗║♥╚╗─╚╝─╔╝♥║═╦╝♥♥
║╚═╗♥║╚╝║♥─╚╗──╔╝─♥║═╩╗♥♥
╚══╝♥╚══╝♥──╚══╝──♥╚══╝♥♥˙

♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ* ♥ *☆* ♥ **Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥
.__♥__♥_____♥__♥_Peace
._♥_____♥__♥_____♥_ Joy
._♥______ ♥_______♥_ Light
.__♥____________♥_Love
.____♥________♥_ Harmony
.______♥____♥_ Sunshine
.________ ♥____ Hope

(¯`♥´¯)..♥
.`•.¸.•´(¯`♥´¯)..♥
******.`•.¸.•´(¯`♥´¯)..♥
************.`•.¸.•´(¯`♥´¯)..♥
******************.`•.¸.•´……♥ ♥

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥)
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥)
─(♥)████████(♥)████████(♥)
─(♥)██████████████████(♥)
──(♥)████████████████(♥)
────(♥)████████████(♥)
──────(♥)████████(♥)
────────(♥)████(♥)
─────────(♥)██(♥)
───────────(♥)

Kiss
──────────────────────██████
─────────────────████─██
────────────████─██───██
───────████─██───████─██████
────██─██───████─██───────██
█▄▀─██───██───██─██───────██
█▀▄─██─████─████─████─██████ :*:*:*:*:*♥

♥*❤*███▓──██▓❤*❤
❤*❤*███▓─██▓❤*❤
❤*❤*██████▓❤*❤
❤*❤*███▓─██▓❤*❤
❤*❤*███▓──██▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*███▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*███▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*███▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*███▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*███▓❤*❤
❤*❤*██████▓❤*❤
❤*❤*███▓❤*❤*❤
❤*❤*██████▓❤*❤
❤*❤*____███▓❤*❤
❤*❤*██████▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*██████▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*███▓❤*❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*██████▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*____███▓❤*❤
❤*❤*❤*❤*❤*❤*██████▓❤*❤

I LOVE YOU SO MUCH
╔═════════ ೋღ❤ღೋ ═════════╗
ೋ ❤❤❤~~I LOVE YOU SO MUCH~~❤❤❤ ೋ
╚═════════ ೋღ❤ღೋ ═════════

9 TAHUN ITU....

Cerita ini berjalan hari demi hari tiap detik dan saat menjadikan ia 9tahun....

sebelum berjalannya 9tahun itu....ketika itu aku masih menghirup hingusan seorang kanak-kanak....
aku melihat di atas kapcai merah yang semakin tua itu seorang lelaki segak bergaya menunggangnya dengan jarak tujunya 13kilometer....jauh, sangat jauh dalam keadaan sejuknya embun ditambah dengan angin kelajuan kapcainya... untuk apa...? untuk apa perkara yang sama dilakukan tiap2 hari tanpa ada yang menghalangnya.....?

ibuku pernah berpesan.... pergilah bersalam sebelum lelaki itu keluar bersama motornya di awal pagi..kerana dia pergi belum tentu dia akan kembali pada esok harinya..... cukup di sini untuk kisah sebelum berjalannya 9tahun itu...

Hari ini menjadi seorang ketua keluarga, juga seorang ketua jabatan.....

inilah cerita 9tahun itu
setelah 9tahun merantau dan menetap di negeri serambi mekah bumi tadahan wahyu tanah serendah sekebun bunga Kelantan darul Naim, banyak, banyak yang berubah..jika sebelum berlakunya 9tahun aku tidak kenal siapa lelaki itu, aku tidak tahu apa dan bila jasanya padaku.... dan aku tidak mengerti apa maksud ibuku pada kata2 dia pergi belum tentu dia akan kembali pada esok harinya".....
rupanya dialah yang mencari rezeki sebalik panasnya bahang api, dialah yang mencari rezeki sebalik hamisnya darah2 dan taburan daging2 manusia....

aku mula mengenal erti pengorbanan itu, aku mula mengenal sakit itu, aku mula mengenal erti cinta itu, aku mula mengenal erti setia itu......

1 Mac 2003~29 Februari 2012 itulah jangka masa untuk aku mengenal tentang sebuah erti, erti segala erti
erti cinta dalam cinta
erti kata dalam kata
erti rasa dalam rasa
erti erti dalam erti

sepanjang tempoh itu aku selayaknya memberi penghormatan terakhir kepadamu sebagai seorang

  • Pegawai Penjaga balai Bomba dan penyelamat Pasir Puteh Kelantan
  • Ketua Balai Bomba
  • Ketua Jurulatih Kadet Bomba

17 Julai 2012 secara rasminya lelaki ini menyerahkan tugas beliau kepada Pegawai Penjaga Balai yang baru... dan beliau kini memikul tugasan baru sebagai Pegawai Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

buatmu WIRA ON~CALL selamat maju jaya....

seandainya engkau pergi hari ini dan ditakdirkan Allah engkau tidak kembali ke pangkuan keluarga...itulah syahid terbaik tentuan al Wahid...kerana cerita ini masih berjalan dan sedang berjalan ketika mana aku sedang menulis cerita ini sekalipun....



DEDIKASI UNTUKMU
MY HERO ON~CALL: PBK1 KAHARUDIN BIN YAHYA
                                       PEGAWAI OPERASI JBPM PASIR PUTEH KELANTAN


BERBAKTILAH WALAU TIDAK DIHARGAI

MENANDATANGANI BUKU SERAH TUGAS




SERAH TUGAS SECARA RASMI

PLAT TEMPOH TUGASAN





TUGASAN TERBARU

AWAK & PEDANG

tak tahu kenapa bila jauh semakin selesa

..... itulah ceritanya..i dont know why.... btw itulah ketentuan..kalau dekat macam nak bunuh saya je kan... saya kesian kat awak, selalu je sakit2... saya pun sakit tapi saya lebih sakit bila tahu awak sakit... dah hampir 2 tahun kenal awak...awak tetap dengan gila-gila awak tu la.... 
walaupun awak gila awak tetap 
SANGAT HEBAT

belakangan ini awak....
  • dah pandai mesej2 saya kan...
  • dah pandai panggil saya pedang
  • dah x jahat2(nakal) macam dulu
  • dah pandai nak manja2
  • dah pandai mengadu kat en pedang ni kan....
  • dah xbanyak komplen
  • dah pandai bertut..tut....
  • dah mula mengalah dengan en pedang

terima kasih untuk insan yang SANGAT HEBAT...... kerana

  • buat saya rasa meriah
  • buat saya tergelak guling sorang2
  • buat saya rasa dihargai (sangat kot)
  • buat saya rasa saya ada blog..eh...?hahahhaha
  • buat saya buat2 lupa yang saya ni ada problem...
  • buat saya nak sepak je awak....
  • buat hidup saya terasa ada seni....

KHAS UNTUK AWAK



INI NAMANYA 
WAN NUR AKMAL HAZIQA... ----->





<----- INI NAMANYA
WAN MUHAMMAD AKMAL HAZIQ










awak2...saya dedikasikan gambar2 insan ini untuk tatapan awak.....

kerana merekalah awak mesej2 saya walaupun itu sekadar alasan.....actually awk 2 rindu saya kan....

Sabtu, 14 Julai 2012

LAW

LAW

LAW AT UKM

UDARA YANG PERNAH AKU HEMBUS DULU TIDAK AKAN KU KENAL LAGI
TAPI
ENGKAU
MUSTAHIL UNTUK AKU LUPAKAN



P/S: aku ingin melihatmu menegakkan keadilan satu ketika nanti


SYS

Isnin, 9 Julai 2012

3HARI

3 HARI
AKU TERLANTAR SEPI
TANPA MAKANAN DI TINGGAL BASI
TANPA MINUMAN DI TOLAK KE TEPI
3 HARI 
AKU TERLANTAR PEDIH
TANPA CINTA TERPENDAM SEDIH
TANPA RASA TERUNGKAI KASIH
3 HARI
AKU TERLANTAR LESU
TANPA BISIKAN BAGAIKAN BISU
TANPA JERITAN BAGAIKAN KAKU
3HARI
AKU TERLANTAR JAUH
TANPA MIMPI AKU JATUH
TANPA ERTI AKU BERLABUH
3HARI
AKU TERLANTAR KECEWA
TANPA KHABAR AKU DERITA
TANPA MIMBAR AKU TERJAGA

3HARI
TERLANTAR
ANTARA
SEPI
PEDIH
LESU
JAUH
KECEWA

RUPANYA AKU BELUM PULIH
BELUM PULIH DARI LUKANYA SEBUAH CINTA

BIARLAH
3HARI
AKU MENCARI CINTA
CINTA YANG PERNAH AKU JEJAKI DULU
CINTA PADAMU




Ahad, 8 Julai 2012

andai terluka UiTM

saat benih jantan mengalir dalam rahim seorang ibu
terwujudnya tanpa disanggah disangkal
saat mata ini terbuka
ibarat kelopak bunga dipancar sang mentari
terbilangnya tidak mampu dinafikan lagi

jika dulunya aku sebesar ibu jari
ianya sudah tersergam indah
hari ini
ya 
hari ini
hari ini aku sebesar ini masih mampu melihat gahnya mercu tanda ilmu
mercu tanda tertegak dan terdidiknya anak bangsaku di medan ilmu

saat ini
saat kau pandang wajah anak bangsa mu
yang berdiri di sini
sebenarnya saat ini aku berpijak di bumi ilmu
bumi UiTM

jika satu ketika nanti
terlukanya hati UiTM
jika satu ketika kelak
terobeknya jiwa UiTM

aku seru
aku seru anak bangsa
ayuh 
ayuh berada di barisan paling hadapan
bangkit pertahankan syurga ilmu kita ini

sesungguhnya 
Hari ini di hadapan anak bangsaku 
aku bersumpah
andai terlukanya UiTM
biar ku jilat titisan darah itu dan
akan ku hiris daging2 ini sebagai tebusan darahmu UiTM

UiTM di hatiku

AKU HAMPIR MATI

AKU HAMPIR MATI
SEPETANG PERAHUKU TUMBANG
KETIKA KU KEJAR BAYU
AKU LEMAS ATAS PANGKU

AKU HAMPIR MATI
AKU PEJAM MATAKU
BIAR LENAKU TAK TERTANGGUNG
ANGIN BISA MENCENGKAM BADAI
GENGAM DADAKU HINGGA BERKECAI

AKU DAH BOSAN
MERAYU MENCARI KE SANA KE MARI
SAHABAT KU JADIKAN SAUDARA
AMBIL BELATI
DAN AKU BERPALING
SETIAP HILANG NAMAMU
MARUAH DIPAJAK GADAI
TAK PERLULAH BERJABAT TANGAN
BELATI DI BELAKANGKU
SIAPA YANG EMPUNYA

AKU SAKIT
SAKIT
KETIKA
 KERINGATKU JATUH DARI HUJUNG RAMBUTKU DAN BERSATU DENGAN DEBU DI LEWAT KAKIKU
7
KALI
PITAM
7
KALI
PENGSAN
AKU TAK TAHAN LAGI

SAAT
SAAT SEHELAI RAMBUT GUGUR
JATUH KE PAKU KARAT DI KAYU YANG SUDAH BUSUK DIMAKAN ANAI2...

AKU SAKIT
DAN AKU BANGUN

KAU BUKAN LAGI SAHABAT
TAPI SAUDARAKU
MEREKA SUDAH NAMPAK

KITA SEMUA SEPERTI IKAN DALAM KOLAM 5 BINTANG
SEKARANG BOSS SENANG-SENANG BERENANG
SEMUA IKAN DI BELAKANG MENANTI SAAT DIMAKAN
LAMA-LAMA KOLAM INI JADI LONGKANG
KITA SEMUA
TINGGAL
TULANG DAN BELULANG

JADI SAHABAT KAU BUKAN LAGI SAUDARA KU
KAU TEMAN SEHIDUP SEMATIKU
INSYA ALLAH


KAU BUKAN SAHABAT

KAU BUKAN LAGI SAHABAT
SUMPAH
KAU BUKAN LAGI SAHABAT

KERANA KAU ADALAH SAUDARA

cerita yang kau mulakan bukanlah cerita perasaan
cerita ini cerita sahabat
aku terhimpit
antara sebuah perasaan dan tekanan
menoleh ke kanan SYURGA
menoleh ke kiri NERAKA
saat memilih antara benar dan palsu
sepasang sayap kelkatu menyambar
lalu mencampakkanya ke dalam sejarah
hari ini
aku cuba
CUBA
CORETKAN SEBUAH CERITA BUKAN PERASAAN
tapi
CINTA
KASIH SAYANG
RINDU
 KERANA AKU BANGUN DENGAN ADANYA SEMANGAT
DAN SEMANGAT AKU BANGUN KERANA
MEREKA









OMBAK

OMBAK
ombak yang pernah aku sentuh dengan ibu jariku
tidak akan ku kenali lagi

AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN INI....

AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN INI....
KATA YANG BERASAL DARI RINDU ADAM
KATA YANG BERASAL DARI KASIH ADAM
KATA YANG BERASAL DARI RAHSIA ADAM

AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN INI...
AKAN KAU DENGARKAH.....?

AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN 
KATA TERJADI DARI GELISAH NAFAS
KATA TERJADI DARI DETIK NADI
KATA TERJADI DARI DEBAR RASA
KATA TERJADI DARI GERAK FIKIR

AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN
KATA YANG LAHIR DARI HORMAT DIRI
KATA YANG LAHIR DARI ANGKUH IMAN
KATA YANG LAHIR DARI BERSIH PERIBADI
KATA YANG LAHIR DARI AGUNG KEJADIAN
AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN

AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN
AKAN KAU DENGARKAH RAHSIA DAN SEGALA RAHSIA
KATA KERAMAT DARI KERAMAT
KATA HUJAN KEPADA AIR 
KATA MENTARI KEPADA CAHAYA
KATA ADAM KEPADA HAWA
KATA AKU KEPADA KAU 

AKU CINTA KAU

AKAN KAU DENGARKAH KATA YANG INGIN KU KATAKAN
~MORIKA~