~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Rabu, 18 Julai 2012

9 TAHUN ITU....

Cerita ini berjalan hari demi hari tiap detik dan saat menjadikan ia 9tahun....

sebelum berjalannya 9tahun itu....ketika itu aku masih menghirup hingusan seorang kanak-kanak....
aku melihat di atas kapcai merah yang semakin tua itu seorang lelaki segak bergaya menunggangnya dengan jarak tujunya 13kilometer....jauh, sangat jauh dalam keadaan sejuknya embun ditambah dengan angin kelajuan kapcainya... untuk apa...? untuk apa perkara yang sama dilakukan tiap2 hari tanpa ada yang menghalangnya.....?

ibuku pernah berpesan.... pergilah bersalam sebelum lelaki itu keluar bersama motornya di awal pagi..kerana dia pergi belum tentu dia akan kembali pada esok harinya..... cukup di sini untuk kisah sebelum berjalannya 9tahun itu...

Hari ini menjadi seorang ketua keluarga, juga seorang ketua jabatan.....

inilah cerita 9tahun itu
setelah 9tahun merantau dan menetap di negeri serambi mekah bumi tadahan wahyu tanah serendah sekebun bunga Kelantan darul Naim, banyak, banyak yang berubah..jika sebelum berlakunya 9tahun aku tidak kenal siapa lelaki itu, aku tidak tahu apa dan bila jasanya padaku.... dan aku tidak mengerti apa maksud ibuku pada kata2 dia pergi belum tentu dia akan kembali pada esok harinya".....
rupanya dialah yang mencari rezeki sebalik panasnya bahang api, dialah yang mencari rezeki sebalik hamisnya darah2 dan taburan daging2 manusia....

aku mula mengenal erti pengorbanan itu, aku mula mengenal sakit itu, aku mula mengenal erti cinta itu, aku mula mengenal erti setia itu......

1 Mac 2003~29 Februari 2012 itulah jangka masa untuk aku mengenal tentang sebuah erti, erti segala erti
erti cinta dalam cinta
erti kata dalam kata
erti rasa dalam rasa
erti erti dalam erti

sepanjang tempoh itu aku selayaknya memberi penghormatan terakhir kepadamu sebagai seorang

  • Pegawai Penjaga balai Bomba dan penyelamat Pasir Puteh Kelantan
  • Ketua Balai Bomba
  • Ketua Jurulatih Kadet Bomba

17 Julai 2012 secara rasminya lelaki ini menyerahkan tugas beliau kepada Pegawai Penjaga Balai yang baru... dan beliau kini memikul tugasan baru sebagai Pegawai Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

buatmu WIRA ON~CALL selamat maju jaya....

seandainya engkau pergi hari ini dan ditakdirkan Allah engkau tidak kembali ke pangkuan keluarga...itulah syahid terbaik tentuan al Wahid...kerana cerita ini masih berjalan dan sedang berjalan ketika mana aku sedang menulis cerita ini sekalipun....



DEDIKASI UNTUKMU
MY HERO ON~CALL: PBK1 KAHARUDIN BIN YAHYA
                                       PEGAWAI OPERASI JBPM PASIR PUTEH KELANTAN


BERBAKTILAH WALAU TIDAK DIHARGAI

MENANDATANGANI BUKU SERAH TUGAS




SERAH TUGAS SECARA RASMI

PLAT TEMPOH TUGASAN





TUGASAN TERBARU

Tiada ulasan: