~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Jumaat, 20 Julai 2012

bertemu jua marhaban ya ramadhan....

Subhana Allah
Allahamdulillah
Allahu akbar

Maha suci Allah yang menciptakan bulan kemuliaan yakni bulan Ramadhan.....
bulan yang penuh dengan hadiah dari pencipta bulan yang mempunyai pelbagai nama
  • bulan puasa
  • bulan kerahmatan
  • bulan keampunan
  • bulan kemuliaan
  • bulan barakah
  • bulan quran
  • bulan hadiah
  • bulan seribu bulan
  • bulan tarbiah
  • bulan ramadhan
yang pastinya inilah bulan yang dinantikan oleh mereka yang mencintai akan keampunan Allah....

telah Allah perintahkan kepada pekerjanya yakni malaikat supaya cari-cari dan cari serta menangkap kesemua syaitan dan iblis lalu dirantai supaya tiada celaan bagi cucu Adam a.s untuk menjadi hamba yang paling banyak bekerja di bulan yang mulia ini, bukan kerja dunia bahkan kerja untuk Allah. sesungguhnya di bulan yang mulia ini Allah berikan segalanya untuk hambanya yang berpuasa...


Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.



Tiada ulasan: