~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Jumaat, 13 Januari 2012

ADIK ABANG (pantun berkait)

Anak si cina memetik selasih
   Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang lena dalam berkasih
   Mimpikan bulan jatuh ke riba

Anyam rotan dibuat timba
   Timba datang dari Itali
Mimpikan bulan jatuh ke riba
   Bilakah abang akan kembali

Timba datang dari Itali
   Adik membeli bukanlah Satu
Bilakah abang akan kembali
   Adik di sini sangatlah rindu

Adik membeli bukanlah Satu
   Kalaulah abang tidak kembali
Adik di sini sangatlah rindu
   Harapkan sayang sentiasa di sisi

Kalaulah abang tidak kembali
   Adik merana abang tak tahu
Harapkan sayang sentiasa di sisi
   Hilang di mata bila kan bersatu

Adik merana abang tak tahu
   Sakitlah hati tiada yang peduli
Hilang di mata bila kan bersatu
   Biarlah sehati sampai ke mati 

By morika             


Tiada ulasan: