~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Selasa, 17 Januari 2012

DI SINI AKU TIDAK LAMA

di sini kau dan aku terbiasa bersama..menjalin kasih....lalala...

SEBENARNYA
hari ini aku takut
aku takut tak punya jasad untuk diingat atau dikenang kerana itu aku merasa baiklah pergi melangkah pulang

tap..tap..tap
sampai detiknya aku tahu aku aku dijemput oleh malaikat maut
tapi aku belum bersedia menghadap illahi...aku tidak bersedia

أشهد أن لا اله الا الله
 وأشهد ان محمد رسول الله
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG SELAYAKNYA DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI NABI MUHAMMAD ITU RASUL ALLAH

ungkapan itu sudah mengislamkan aku Ya Allah..tapi aku bukan hanya mahu islam tapi aku mahu takwa dan iman

Saat aku menutup mata aku hanya menangis mengenang apa yang aku tinggalkan dan apa yang aku bekalkan untuk perjalanan di alam barzakh sana

saat aku tinggalkan bumi ini maka aku tinggalkan
keluarga-keluargaku
sahabat-sahabatku
teman-temanku
'alim ulama
musuh-musuhku
pemfitnah-pemfitnahku
 pengila-pengila dunia
pembangsat-pembangsat negara
YA
aku akan tinggalkan semua itu dan semua ini

aku mohon seandainya sesiapa yang mampu menceroboh laman sosialku friendster,myspace,fb,tweeter,skype,ym,blog...aku mohon dan izinkan pencerobohan itu, semoga dengan itu kau mampu menghapuskan semua kerja duniaku ini.

-sys-

Tiada ulasan: