~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Jumaat, 13 Januari 2012

MEMBAWA AMARAN DARI PENULIS

kalau takut dilambung ombak
jangan tengok ombak rindu
kalau takut kasih terlerai
jangan diulang nur kasih

 Kalau benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung tertinggi, dilambung ke langit menjadi bintang bergemerlapan

tercampak ke puncak perdana sebagai seorang penulis, ahhh
sejarah berabad lamanya menzahirkan kehidupan, sejarah, perhubungan, komunikasi, aliran kekitaan semuanya bermula dengan tulisan dari seorang yang menulis

aku kini di era baru zaman serba terbaik... istilah mata pena, carikkan kertas kini digulung bersama lipatan sejarah, sejarah yang mengkiblatkan perjalanan hari ini.

sejarah tertulis oleh sang penulis sejak dahulu menceritakan titis2 tinta perjalanan sebuah kehidupan

AKU

hari ini aku hidup selepas sejarah tapi aku tahu sejarah itu mungkin berulang...kerana seni dan penulis itu wujud ketika manusia mula lupa...
yeah ketika manusia lupa
manusia bangsaku lupa
melayuku lupa

disanjung melayu dipijak islam
dibelai mahkamah dihempas hudud
diangkat durjana dicantas ulamak
didodoi riba dilanyak jual beli
ditatang syaitan dibelakang malaikat
dicium digosok dijilat disapu sang celaka
dilunyai dihina dibelasah dilacur sang arjuna

#anak muda pasti bangkit#

Tiada ulasan: