~jangan mencari makna di sebalik gambar kerana blog ini untuk mereka yang mencari kesenian dalam kata-kata~

Jumaat, 13 Januari 2012

ANTARA ANGIN ANTARA CINTA


Oh bangsaku…
Mana satu kau pilih
Antara angin
Antara cinta

Detik ini, saat ini
Tiada yang indah …..
Indahnya, saat ku berpijak
Di bumi bertuah
Bumi tanah tumpah darah ku.

Saat hadapan ku ini laut
Saat di atas ku ini nunn….langit membiru.
Aku…
Aku terpaksa meniti…..
Meniti perginya seorang pejuang bahasa.

Jika antara angin
Antara cinta terpaksa ku pilih
Akan ku pilih si pencinta bahasa itu…

Bahasa??
Ya…!! Bahasa Ibunda ku bahasa teragung
Bahasa yang indah, halus dan mempesonakan
Tentu sekali,cinta terpaut pada si bahasa itu..

Bahasa itu jiwaku juga jiwamu..
Mana mungkin kan terpisah
Ibarat lagu dan irama…
Andai dipisah lagu dan irama..maka pincanglah ia….

Tapi…
Nun di sana….
Di sana aku lihat muda-mudi bangsaku
Merojak dan menginjak bahasa ibundaku
Ahhhhhh…………..
Mana mungkin
Mana mungkin aku terima
Saat aku berhabisan memperjuangkannya
Ada lagi pengkhianat bahasa ku di sisi itu.

Biarlah….
Biarlah….
Biarlah aku, kau, juga mereka
Berjuang bersama demi bahasa kita
kerana manusia itu  tumbuh dan berubah…..

Oleh: Mohd Ridhzuan bin Kaharudin (morika)
2011
-antara angin antara cinta-
Adaptasi dari cerpen antara angin antara cinta oleh Mawar Shafei.

Tiada ulasan: